>>Kelebihan Umat Muhammad<<
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah
S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang
tidak diberikan kepadaku:
••► Taubatku hanya diterima di kota
Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di semua
tempat oleh Allah S.W.T..
••► Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka kepada Al
l
ah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat
Muhammad S.A.W membuat durhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T
memberi mereka pakaian..
••► Ketika aku telah berderhaka kepada
Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku.
Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat durhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan
isteri mereka..
••► Memang benar aku telah durhaka kepada
Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat
Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga
apabila mereka bertaubat kepada Allah S.W.T.....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar